Archive for the ‘Pengumuman’ Category

Dialog Bersama Pengetua

Dimaklumkan bahawa sesi dialog pengawas perdana bersama puan pengetua akan diadakan pada ketetapan berikut :

     Tarikh : Isnin, 5 April 2010.

     Masa : 2.00 – 3.30 petang.

     Tempat : Bilik Gerakan.

Semua pengawas perdana dan pengawas pelatih dikehendaki hadir.  Terima kasih.

Advertisements

MAKLUMAN AWAL : MESYUARAT AJK TERTINGGI

Kepada :
1. AJK Tertinggi Badan Pengawas 2009,
2. AJK Tertinggi Badan Pengawas 2010.
Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Tertinggi Badan Pengawas bagi sesi 2009 dan sesi 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : Khamis, 17 September 2009.
Masa : 2.00 – 3.00 petang.
Tempat : Bilik Pengawas.

Mesyuarat akan membincangkan :
1. Penyelarasan tugas.
2. Penyerahan fail tugas daripada AJK 2009 kepada AJK 2010.
(kecuali fail Bendahari)
3. Mesyuarat Agong Badan Pengawas 2009.
4. Perkara berbangkit.
Kedua-dua AJK diminta membuat persediaan yang sepatutnya.
Harap maklum.

Rainul Hj. Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas 2009.

MESYUARAT BADAN PENGAWAS

Satu mesyuarat Badan Pengawas akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 2.15 ptg hingga 3.30 ptg
Tempat : Kelas 5 Makmur
* KEHADIRAN ADALAH WAJIB *

Agenda :-
1. Undian Pencalonan KP/TKP 2009/2010 kali ke-2.

2. Edaran kad & surat pemberitahuan Majlis Pengiktirafan & Jamuan Akhir Tahun 2009.

3. Cabutan nama untuk “exchange gift”.

Dengan ini diharapkan semua pengawas perdana hadir ke mesyuarat ini.

Juga diingatkan agar menyelesaikan pembayaran untuk Jamuan Akhir Tahun dengan segera.

Sekian, terima kasih..
TKPP ~ Kimberley Yapp Kim Yi..

Makluman..

Perhatian kepada semua pengawas perdana Maktab Sabah,

MESYUARAT MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN &
PERLANTIKAN PENGAWAS PERDANA 2009/2010

Tarikh : 28 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 2.15 ptg – 3.15 ptg
Tempat : 5 Makmur

Kehadiran SEMUA pengawas perdana adalah WAJIB. AJK Majlis Penyerahan Tugas dan Perlantikan Pengawas Perdana akan diumumkan pada hari Isnin. Semua AJK diminta untuk bersiap sedia pada hari Selasa untuk bertanyakan tentang tugas masing-masing jika ada yang masih tidak faham.

Juga, baru dimaklumkan bahawa bilik pengawas baru kita telah siap sepenuhnya. Oleh itu, beberapa orang pengawas perdana diminta untuk membantu membersihkan bilik tersebut. Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 Julai 2009 (Isnin)
Masa : 2.15 ptg – 3.30 ptg
Pengawas yg terlibat : Pengawas perdana tingkatan 3 & 4

Barang-barang pula akan dipindahkan pada 29 Julai 2009 bersamaan hari Rabu kerana pengawas-pengawas perdana memakai baju unit beruniform pada hari itu dan dapat memudahkan kerja pengangkutan barang. Semua pengawas terlibat pada hari Rabu dan masa akan diumumkan kemudian. Terima kasih.

Shanu G,
Ketua Pelajar Perempuan.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengiktirafan dan Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas Perdana Sesi 2008/2009

Penaung : Puan Hajah Nuinda bt Haji Alias

Penasihat : En Rainul Abd Rauf

Pengarah Program : Md Nazrin & Kimberley Yapp

Tim Pengarah Program : Steve Tay & Frances Anne

Setiausaha : Chung Chee Woon

Pen. Setiausaha : Pg. Iqhwan Ashraf

Bendahari : Joanne Johnson

Pen. Bendahari : Elvin Wong

AJK Permainan


Muhammad Arif (2M)
Marlela Madsah (3M)
Jacky Jaulis (5K)

AJK Publisiti

Jason Lo (4M)
Joshua Ho (3M)

AJK Persembahan

Husni Rasyidin (2M)
Rizal Aziz (3K)
Nur Nabilah Johan (2A)

AJK Slide show

Jonathan Ong (5B)
Nicole Kelsie (5M)

AJK Perhiasan

Syifaa Athirah (5K)
Wan Aimi (3M)
Munira Rainul (3A)

AJK Fotografi

Nuramirah (5M)
Redzuan Henry (5K)

AJK Sijil dan Hadiah

Norfaezah Tokio (5B)
Sham Nur (3T)
Fatinie Shamimie (2M)

AJK PA System

Amirul Mirza (4K)


Mohd Nazrin bin Serin
Timbalan Ketua Pengawas

Majlis Pengiktirafan dan Jamuan Tahunan Pengawas Perdana 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepertimana yang telah dimaklumkan pada mesyuarat pengawas yang lalu, antara aktiviti besar kita yang terdekat ialah majlis pengiktirafan dan jamuan tahunan Pengawas Perdana 2009. Berikut merupakan butiran lanjut tentang majlis tersebut :
  • Tempat : Hyatt Regency Hotel
  • Tarikh : 15 Ogos 2009
  • Masa : 7.00 malam – 10.00 malam (Pengawas Perdana diminta untuk datang lebih awal)
  • Bayaran : RM46.00

Pengawas Perdana diminta untuk mula menyediakan duit bayaran dan bayaran boleh dibuat kepada Bendahari kita, Joanne Johnson (5M) atau Penolong Bendahari, Elvin Wong (5M). Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hujung Julai nanti.

AJK untuk majlis kita ini akan diumumkan tidak lama lagi.
Sekian, harap maklum.
Mohd Nazrin bin Serin
Timbalan Ketua Pelajar Lelaki.

Sekolah Dibuka – Sibuk Kembali

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Esok, 15 Jun 2009, sekolah akan dibuka semula. Para pengawas perdana akan sibuk kembali, baik sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelajar mahupun sibuk dengan tugas sebagai seorang pengawas perdana.

Mohon diberi perhatian perkara-perkara berikut sebelum kembali ke sekolah :

  • Rambut pengawas perdana lelaki semua pendek dan kemas.
  • Kasut semua sudah dikilatkan 😀 .
  • Kuku semua sudah dipotong.
  • Kerja rumah sekolah semua sudah diselesaikan. Jangan nanti ada pengawas perdana yang kena denda berdiri di luar kelas 😦 .

Apabila kembali ke sekolah nanti :

  • Jangan panik kerana bilik pengawas sudah tiada :-(. Bilik baru masih belum siap.
  • Akan beroperasi sementara di Bilik PNB.
  • Lapor diri untuk Isnin ini di kelas 5M. KPP yang cadangkan begitu 😀
  • Rujuk papan kenyataan pengawas.
  • Jadual menaikkan bendera dan kawalan pagar utama sudah ada di papan kenyataan pengawas.
  • Dan yang paling penting, mulakan hari anda dengan doa dan kalimah-kalimah suci agar ada keberkatan.

Selamat bertugas kembali, Pengawas Perdana!

Cikgu Rainul Hj. Abd. Rauf.