Archive for the ‘Penghargaan’ Category

Tahniah! – Tokoh Maulidur Rasul 2010

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Steve Tay Kok Khiong yang telah mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori pelajar lelaki bukan Islam dan juga kepada Frances Anne Eton yang mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori pelajar perempuan bukan Islam peringkat sekolah bagi Tahun 2010 ini.

Semoga anugerah yang diterima oleh ketua pelajar lelaki dan timbalan ketua pelajar perempuan ini akan jadi pemangkin kepada kedua-duanya dan para pengawas perdana yang lain untuk terus mencemerlang diri 🙂

Drpd : Cikgu Rainul Abd. Rauf

Advertisements

BARISAN YANG MEMBANGGAKAN

Jumaat, 21 Ogos 2009, mencatatkan satu lagi peristiwa penting dan bersejarah bagi Badan Pengawas Maktab Sabah. Pada tarikh tersebut berlangsungnya Majlis Perlantikan dan Watikah Penyerahan Tugas bagi sesi 2009/2010. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, malah lebih lancar berbanding tahun sebelumnya. Kesungguhan para pengawas perdana menjalani raptai, bantuan daripada badan khas yang lain disamping doa yang dipanjangkan membolehkan majlis ini berlangsung seperti yang cikgu harapkan.

Barisan Pengawas Perdana siap sedia untuk berarak masuk ke dalam dewan.

Antara barisan pengawas perdana sesi 2010.

Barisan pengawas perdana yang akan meninggalkan Maktab Sabah.

Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar 2009 selesai memberi ucapan penghargaan.

Frances Anne menandatangani ikrar sebagai Tim.Ketua Pelajar Perempuan 2010.

Upacara penyerahan tugas antara ketua pelajar.

Gambar bersama barisan pentadbir.

Ketua pelajar dan timbalan ketua pelajar 2009 yang membanggakan.

Kepada barisan pengawas perdana yang baru dilantik, tahniah diucapkan. Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Make everybody proud of you.

Kepada barisan pengawas perdana yang akan meninggalkan Maktab Sabah, terima kasih atas segalanya. I am really really really proud of you.

Cikgu Rainul Hj. Abd. Rauf.

TAHNIAH! TERIMA KASIH, MAAF.

Alhamdulillah, Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas Maktab Sabah 2009 telah berjaya dilaksanakan semalam, 15 Ogos 2009. Untuk julung kalinya, jamuan akhir tahun ini diadakan pada bulan Ogos, ‘menyalahi’ kebiasaan bulan Oktober seperti lazimnya. Kelaziman kepadatan bulan Oktober yang juga bulan peperiksaan telah menyebabkan cikgu memilih bulan Ogos untuk jamuan kali ini. Mungkin ia akan menjadi tradisi baru untuk tarikh jamuan pengawas perdana untuk tahun-tahun yang akan datang.
Tahniah :
Tahniah cikgu ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa kerja di bawah pimpinan Mohd. Nazrin dan Kimberley yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan jamuan ini. Sekalipun ada perkara-perkara yang di luar jangkaan, secara umumnya program adalah memuaskan. Cikgu tahu semua ajk telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan ia berjalan lancar.
Tahniah juga kepada semua pengawas yang membuat persembahan. Cikgu maklum ada antara kumpulan persembahan yang berlatih beberapa kali sebelah petang dan ada juga yang berlatih sehingga pada pagi hari Sabtu. Semuanya ingin memberikan yang terbaik.

Terima Kasih :
Terima kasih kepada semua pengawas perdana yang memberikan komitmen untuk hadir. Terima kasih kepada semua dif-dif jemputan yang sudi memenuhi undangan. Kehadiran anda merupakan satu suntikan semangat kepada Badan Pengawas Maktab Sabah.
Juga terima kasih untuk gambar dan mesej dalam balang yang diberikan kepada cikgu. Terharu apabila membaca sebahagian daripada mesej-mesej itu. Ada yang menulis “U r a great teacher” tapi hakikatnya I am just an ordinary teacher. Ada yang yang menulis “You are the best”, juga hakikatnya cikgu bukan yang terbaik dan masih ramai di sana yang jauh lebih baik. Ada yang menulis “I will not let you down” – terima kasih, and I know that you will always do your best. But do the job for the school, not me. Dan ada juga yang menegur “Saya harap cikgu akan lebih bersemangat tahun depan” – terima kasih kerana memperingatkan, insyaAllah tahun depan tugas ketua guru pengawas ini akan diambil alih oleh guru yang memang lebih bersemangat.
Selepas membaca, cikgu gulung, ikat semula, tuliskan nama penulis di bahagian luar dan letak semula ke dalam balang. Cikgu akan terus membacanya secara berulang dari masa ke semasa sehinggalah ia sudah tidak boleh dibaca lagi.
Maaf :
Especially to Shanu : So sorry to make you cry last night. It is not true when you said that I was not happy with the dinner. It is not true when you said that I am always not satisfied with whatever you had done as a prefect. Totally not true, Shanu.
I was happy with the dinner. It is my nature hard to smile, but it does not mean I am not happy. I know students always tell and ask me to smile. And I do satisfy with most of your work. Sorry, I didn’t express my appreciation too often, lately.
Shanu, I do realize that you are one of the prefects that really concern about me. You are the first prefect to ask/sms me when I didn’t manage to come to school. You are the first prefect to say sorry when I started to ‘scold’ the prefects. This is Shanu for me, and I will always remember this. Thanks for everything, Shanu.
Sekali lagi tahniah atas pengajuran jamuan akhir tahun. Terima kasih atas kehadiran dan semangat kerja yang telah ditunjukkan. Cikgu tahu pengawas perdana sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Maaf atas segala kekurangan cikgu.
Semoga pengawas perdana terus gemilang!
Rainul Hj. Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas 2009.

PENGAWAS PERDANA MITHALI BULAN MEI

Husni Rasyidin & Nuramirah Syahirah

Tahniah diucapkan kepada pengawas perdana Husni Rasyidin (2 Makmur) dan Nuramirah Syahirah Rizalman (5 Makmur) atas anugerah Pengawas Perdana Mithali Bulan Mei 2009.

Semoga anugerah ini akan mendorong anda untuk lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang pengawas perdana dan seterusnya menjadi contoh kepada semua pelajar lain.

Semoga anda berdua terus cemerlang!
Cikgu Rainul Abd. Rauf.

Risau Seketika … Tetapi Akhirnya …

Isnin, 11 Mei 2009.

Hari ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Dan lazimnya apabila peperiksaan bermula, perhimpunan Isnin tidak diadakan. Tetapi hari ini kejutan berlaku. Selang beberapa minit sahaja cikgu masuk ke Bilik Pengawas Perdana, Aiman, Ketua Pelajar Lelaki, memaklumkan pada cikgu yang puan pengetua mahupun perhimpunan diadakan untuk tingkatan yang belum mula lagi peperiksaan pertengahan tahun ini – tingkatan1, 2, 3 dan 6. Terkejut cikgu dengan keputusan puan pengetua ini.
Terus cikgu terfikir bahawa perhimpunan kali ini terpaksa dikendalikan oleh pengawas-pengawas junior – tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa bantuan pengawas-pengawas berpengalaman – pengawas tingkatan 4 dan 5. Pengawas tingkatan 6 cuma dua orang sahaja – Aiman dan Chung. Fikiran cikgu mula terfikir-fikir bolehkah pengawas tingkatan 1, 2 dan 3 ini mengendalikan perhimpunan? Dan siapa akan jadi pengacara majlis (emcee)?
Terpaksa mengambil keputusan pantas. Cikgu minta Aiman baca ikrar dan doa sekaligus (selama ini pembaca doa dari pengawas perdana tingkatan 4 dan 5). Aiman memang jadi pembaca doa semasa dia menjadi pengawas biasa dulu sebelum terpilih sebagai ketua pelajar. Cikgu tak risau tentang ini. Tapi tiba-tiba Aiman kata skrip doa tiada pada tempatnya. Alamak! Kali terakhir ia digunakan pada perhimpunan Khamis minggu lalu dan bukan pengawas perdana yang menggunakannya. Kemudian Aiman kata tak apa. Dia akan cuba cari dari orang yang berkenaan.
Cikgu mula berfikir pula tentang pengacara majlis. Satu-satunya pengacara majlis dari menengah rendah ialah pengawas perdana Intan Syafikah (3M). Itu pun baru sekali diturunkan. Fikir punya fikir, cikgu terpaksa mengambil risiko. Cikgu terpaksa meminta Intan menjadi pengacara majlis secara solo – yang pertama untuk tahun ini. Cikgu berharap pengalaman pertama dulu dapat membantu sedikit. Cikgu tak mahu ambil yang belum pernah kerana risikonya terlalu besar. Kemudian, perhimpunan pun bermula ….!!!
Cikgu lambat sedikit turun ke dewan kerana mengurus pengawas pelatih fasa dua. Setiba di dewan, perhimpunan telah bermula dan keadaan dewan adalah aman dan semua pengawas perdana begitu tersusun dan mengambil tempat yang sewajarnya dalam dewan. “YES! They can do it. The junior prefects can do it!”. Itulah yang terlintas di hati cikgu apabila melihat keadaan dewan dan susun atur pengawas. Cikgu mula tersenyum.
Aiman nampak sibuk sedikit daripada biasa. Kali ini mengurus perhimpunan tanpa KP Shanu, tanpa TKP Nazrin dan tanpa TKP Kimberley. Cikgu nampak semua beres, Aiman. Well done!. Dan begitu mengkagumkan, Intan juga survive sebagai pengacara solo majlis, malah membaiki semua kelemahan yang kami bincangkan ketika pertama kali menjadi pengacara dulu. Well done, Intan. Cukup berpotensi untuk pergi lebih jauh.
Juga kepada semua pengawas perdana tingkatan 1, 2 dan 3, dan juga kepada Chung, terima kasih kerana berjaya mengendalikan perhimpunan kali ini dengan lancar. Hari ini, cikgu dapat melihat dengan pasti bahawa Badan Pengawas mempunyai barisan pelapis yang mantap dan berwibawa. Terima kasih semua!
Rainul Hj. Abd. Rauf
Ketua Guru Pengawas.

PENGAWAS PERDANA MITHALI BULAN APRIL

Pengawas Perdana Mithali Bulan April :
Steve Tay Kok Khiong dan Joanne Johnson

Tahniah diucapkan kepada Steve Tay Kok Khiong (4K) dan Joanne Johnson(5M) atas anugerah Pengawas Perdana Mithali Bulan April. Semoga anugerah ini akan memotivasikan anda untuk berusaha dengan lebih cemerlang lagi.

Rainul Hj. Abd. Rauf
Ketua Guru Pengawas.

TAHNIAH!! PENGAWAS PERDANA TINGKATKAN PRESTASI KERJA ..

Salam sejahtera,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua mantan pengawas pelatih yang telah terpilih untuk menjadi pengawas perdana.

Sebagai dorongan bersama, di sini ingin diingatkan kepada setiap pengawas perdana untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan budaya kerja. Kita sebagai pengawas perdana haruslah “ONE STEP AHEAD” dari para pelajar dari semua aspek.

Kita juga harus menjadi ‘role model’. Janganlah ada pengawas perdana yang melakukan kes disiplin seperti membawa hanphone walaupun tidak kerap, memakai alat solek, ataupun ponteng kelas.

Selain itu, kita sepatutnya menjaga tingkah laku kita sepanjang masa di sekolah. Ini adalah kerana setiap perlakuan yang dilakukan pengawas akan diperhatikan oleh para pelajar. Semasa bertugas beri tumpuan, janganlah bercerita dengan kawan-kawan.

Sebagai pengawas perdana, pekalah terhadap sekeiling anda. Ini mampu membantu kita dalam menjalankan tugas seharian.

Berkenaan dengan tugas pengawas,

1. khasnya untuk AJK Tingkatan :-
~Periksa penampilan pengawas perdana tingkatan anda setiap kali semasa taklimat hari Isnin selepas perhimpunan

* ini dilakukan untuk memastikan penampilan para pengawas sentiasa terbaik.

2. semua pengawas perdana :-
~ sila semak jadual bertugas membersihkan bilik pengawas, menaikkan bendera dan bertugas di pagar (lewat datang) setiap minggu.

* sila ingat tarikh bertugas anda. Jangan tunggu sehingga KP/TKP mencari anda untuk bertugas.

~ haruslah bekerjasama sebagai satu pasukan. Janganlah mengabaikan mana-mana pihak.

Akhir kata, selamat bertugas setiap hari. ‘BE ALERT !’..

Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN yang akan berlangsung tidak lama lagi…

sekian.. tq..

Kimberley Yapp Kim Yi
Tim. Ketua Pelajar Perempuan