Archive for the ‘Aktiviti’ Category

Mesyuarat Akhir Tahun Badan Pengawas Tahun 2009


Event: Mesyuarat Akhir Tahun Badan Pengawas untuk tahun 2009

Tarikh: 3 Oktober 2009

Tempat: 5 Makmur

:: Tujuan Mesyuarat ::

+ Sebagai satu mesyuarat terakhir untuk tahun 2009
+ Merumuskan laporan-laporan/ aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008/2009.
+ Memberi peluang kepada pengawas perdana mengemukakan cadangan bagi tahun hadapan.

Semoga pada tahun hadapan, pengawas perdana dapat mempertingkatkan lagi prestasi pengawas dan dapat menjadi contoh kepada para pelajar di Maktab Sabah.

AJK Tertinggi 2009/2010

Mantan AJK Tertinggi 2008/2009

Cg.Rainul

Advertisements

Sesi Temuduga Calon-Calon Pengawas 2009 [part 1]

Sesi temuduga calon-calon pengawas 2009 telah dibuat pada hari ini jam 7.30pg-8.20pg bertempat di bilik pengawas. Objektif sesi temuduga ini adalah ingin mencari pelajar-pelajar yang berminat dan layak untuk dilantik sebagai Pengawas Perdana tahun 2009. Tidak dinafikan bahawa ramai pelajar yang tidak ingin menjadi sebagai seorang pengawas kerana bimbang akan menjejaskan prestasi dalam bidang akademik.Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur kerana terdapat juga dikalangan pelajar yang sudi mencuba bertugas sebagai seorang pengawas.

Sesi temuduga ini terdiri daripda Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi iaitu Ketua Pelajar Lelaki, Aiman Agoes, Ketua Pelajar Perempuan, Shanu Gnanasegaran, Timbalan Ketua Pelajar Lelaki, Mohd. Nazrin dan Timbalan Ketua Pelajar Perempuan, Kimberley Yapp Kim Yi. Alhamdulilah kerana sesi temuduga ini telah berjalan dengan lancar. Sesi temuduga ini telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi yang kedua akan dibuat pada hari esok, iaitu Khamis, 12 Mac 2009.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih sebagai calon pengawas perdana 2009.

Aiman dan Shanu sedang menulis senarai calon pengawas 2009.



Sebahagian daripada calon-calon pengawas 2009


Sebahagian temuduga yang dibuat.
*Dik, jangan gagap. Kami tidak makan orang. =]

Kp & TKP tengah berbincang tentang calon-calon
pengawas yang baru sahaja ditemuduga.

Gotong Royong

Maktab Sabah telah mengadakan gotong-royong bagi membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Pengawas perdana dan pengawas pelatih telah mengambil bahagian menyertai gotong-royong. Agaknya semua semangat mahu dapat merit.=] Tetapi itu bukan sebabnya juga, gotong royong telah dapat memupuk sifat kerjasama di kalangan para pengawas perdana dan pelatih.

Tarikh: 6 March 2009
Tempat: Maktab Sabah
Masa: 2.30pm – 4.30pm

Cikgu Surilla sedang mengatur tugasan untuk diberikan kepada pengawas perdana,pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber.

Pengawas sedang menunggu untuk diberi tugasan.
Pelakon utama: Pengawas Perdana Joanne Johnson . =p

Pengawas Perdana Ashraf sedang tekun membersihkan longkang.
*Pelan2 ah kasi bersih. =p

Pengawas Pelatih memberus debu-debu di tepi longkang.





Kursus Kepengawasan Siri 1

Tarikh :21 Febuari 2009
Hari :8.00pagi-11.00pagi.(11.10pagi)
Tempat :Kelas 5 Makmur
Pengarah Projek :Nazrin
Kehadiran :En. Rainul(Ketua Guru Pengawas Perdana)
Cik Surilla(Ketua Guru Disiplin)
Semua AJK Tertinggi & Ketua-Ketua Biro Pengawas Perdana
Tidak Hadir :Pangeran Iqhwan(Penolong Setiausaha Pengawas Perdana)
-menyertai pertandingan Tekwando-

Aktiviti
8.00pagi
– Semua peserta mendaftar diri.

8.10pagi
-Semua peserta diminta untuk turun ke tapak perhimpunan untuk melakukan senaman ringan supaya peserta lebih cergas dan bersemangat semasa kursus di samping menyihatkan badan. Antara senaman ringan yang diadakan adalah kawad dipimpin oleh pengarah projek kursus ini, Timbalan Ketua Pelajar Lelaki Saudara Nazrin dan senam robik pula dikendalikan oleh bendahari Pengawas Perdana, Saudari Joanne. Para peserta kelihatan lebih cergas dan ceria selepas aktiviti senaman ini.




8.30pagi
-Para peserta bergerak ke kelas 5 Makmur dan bersedia untuk mendengar ceramah mengenai kursus kepimpinan. Sebagai pembukaan Saudari Joanne membacakan biodata penceramah dan seterusnya menjemput penceramah untuk kursus ini iaitu Cik Surilla selaku Ketua Guru Disiplin untuk menyampaikan ceramah beliau. Tajuk ceramah yang dikongsi oleh beliau adalah “Ciri-Ciri Pemimpin Berkesan”.

9.30pagi
-Sesi soal jawab bermula dan ceramah ini menampakkan para peserta benar-benar faham ceramah yang disampaikan itu.

9.40pagi
-Para hadirin dijemput untuk menjamu selera dengan jamuan ringan yang disediakan.

10.00pagi
-Bengkel ini dikendalikan oleh En. Rainul . Dalam bengkel ini, para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan. Para peserta dikehendaki menonton slide yang ditayangkan mengenai fakta burung. Disebalik fakta tersebut, tersirat pelbagai nilai yang harus dipelajari oleh pengawas. Kemudianya setiap kumpulan harus menyatakan 2 nilai yang berbeza bagi setiap kumpulan. Selepas itu, setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kebaikan, keburukan, ancaman-ancaman dan peluang-peluang yang diberi dan kemudianya senarai itu dibentang oleh setiap kumpulan.

11.00pagi(11.10pagi)
-Kursus bersurai.

Disediakan oleh Chung Chee Woon,Setiausaha Badan Pengawas

Lawatan Ke SMK Badin Tuaran


Sejarah SMK BADIN:
Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh yang bernama Orang Kaya Kaya Badin. Tokoh ini dikatakan telah banyak berjasa kepda penduduk sekitar Tuaran.

Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1967, dahulu hanya mempunyai pelajar 47 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 9 orang. Kini, sekolah ini mempunyai 2050 pelajar dan 135 orang tenaga pelajar. Selain itu, sekolah ini merupakan sekolah yang pertama mengendalikan Kelas Rancangan Khas.

———————————-

Pada hari khamis yang lalu iaitu 19 February 2009, Lembaga Pengawas telah mengadakan satu lawatan ke Sekolah Menengah Badin,Tuaran. Lawatan ini telah disertai oleh pengawas-pengawas perdana dari tingkatan 3,4,5 dan 6 serta 3 guru pengiring iaitu Cikgu Rainul Abdul Rauf,Cikgu Natasha dan Ustaz Hamili.

Sebelum bertolak ke SMK Badin, sedikit taklimat telah diberikan.Kami tiba di SMK Badin pada 8.00 pagi. Kami dan guru-guru pengiring telah disambut mesra oleh Guru Pengawas SMK Badin, Cikgu Yahya serta pengawas-pengawas SMK Badin. Sebelum ke bilik untuk mendengar taklimat, sesi bergambar dilakukan. Tahniah diucapkan kesemua Pengawas Perdana kerana mampu menyusun diri untuk sesi pengambaran ini. Ini menunjukkan bahawa pengawas perdana Maktab Sabah mampu melakukan sesuatu perkara tanpa disuruh oleh tenaga pengajar.

Selesai sahaja sesi pengambaran ini, kami dibawa ke satu bilik khas untuk mendengar taklimat. Sebelum tiba ke bilik tersebut, saya yakin pengawas perdana tidak menafikan keunikan Sekolah Menengah Badin. Setiap sudut kawasan diindahkan dengan bunga-bunga. Tambahan lagi, kawasan sekolah itu juga amat teratur dan kelihatan bersih. Walaupun sekolah ini berada di kawasan luar bandar, sekolah amat setanding dengan sekolah-sekolah di bandar.


Tiba sahaja di bilik khas, kami diminta untuk duduk untuk menunggu kedatangan Pengetua SMK Badin iaitu Puan Tah Nia Hj. Jaman.Beberapa minit kemudian, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada salah seorang wakil pengawas SMK Badin dan kemudiaanya bacaan doa. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Badin. Walaupun difahamkan bahawa Pengetua SMK Badin agak sibuk, namun beliau tetap meluangkan masa untuk berjumpa dengan kami. Kami amat menghargai keikhklasan Pengetua SMK Badin untuk berjumpa dengan kami.


Selepas ucapan Pn Pengetua, Pn Pengetua mohon undur diri kerana mempunyai temu janji dengan pihak lain. Kemudian,ucapan terima kasih oleh Cikgu Rainul buat SMK Badin. Seterusnya, taklimat daripada Cikgu Yahya, guru pengawas SMK Badin untuk memberikan taklimat. Sebelum taklimat beliau, tayangan multimedia dipersembahkan. Dengan taklimat Cikgu Yahya, semoga pengawas perdana mendapat serba sedikit maklumat tentang bagaimana pengawas di SMK Badin menjalankan tugas mereka. Dengan itu, berharap juga, pengawas perdana dapat mempertingkatkan lagi prestasi bertugas.


Selepas taklimat daripada Cikgu Yahya, sesi soal jawab dibuat semasa menjamu hidangan enak yang telah disediakan oleh SMK Badin. Tahniah diucapkan dengan pengawas perdana yang telah mengemukakan soalan kepada pengawas di SMK Badin. Keberanian pengawas perdana mengemukakan soalan menunjukkan bahawa pengawas ingin berkongsi lebih banyak ilmu dengan rakan pengawas yang lain. Majlis kemudiaanya diakhiri dengan pertukaran cenderakenangan antara kedua-dua buah sekolah.


Seterusnya, kami dibawa melihat ke persekitaran sekolah. Antaranya bilik kaunseling,bilik resos,bilik Kelas Rancangan Khas. Rasa tidak puas kerana banyak lagi kawasan-kawasan yang menarik tidak dapat dilawat kerana kesuntukkan masa. Namun , Bilik Kelas Rancangan Khas amat menarik perhatian ahli-ahli pengawas. Ini disebabkan bilik ini terdapat beberapa pelajar-pelajar istimewa. Walaupun mereka tidak sempurna fizikalnya, tekunan,kegigihan mereka untuk menuju kejayaan amat memberangsangkan. Mereka mampu belajar seperti pelajar-pelajar yang lain dengan menggunakan alat-alat teknologi. Oleh itu, ahli pengawas seharusnya mengambil ini sebagai satu semangat untuk gigih berusaha seperti mereka.



Pengalaman ke SMK Badin amat susah untuk diceritakan. Ia amat menyeronokkan serta memperolehi banyak pengajaran. Tidak dapat dinafikan juga, ikatan persahabatan juga dapat dijalinkan. Oleh itu, ucapan ribuan terima kasih kepada Lembaga Pengawas kerana menganjurkan lawatan ini. Saya yakin bahawa semua pengawas amat gembira dan seronok dengan lawatan ini.

Diharapkan agar lawatan seperti ini akan dianjurkan lagi, bagi menambahkan keyakinan para pengawas serta menimba pengalaman yang baru.

Pengawas SMK BADIN & PENGAWAS MAKTAB SABAH
GURU2 PENGAWAS SMK BADIN,MAKTAB SABAH

Program Suai Kenal 2009

Program Suai Kenal telah diadakan pada 7 Feburari yang lalu bertempat di Tg.Aru Beach. Program ini telah dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pelajar Perempuan iaitu Kimberley Yapp Kim Yi dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pelajar Lelaki, Mohd Nazrin Bin Serin serta barisan AJK-AJK tertentu. Kehadiran kesemua ahli pengawas perdana adalah wajib namun terdapat beberapa pengawas perdana yang tidak dapat menghadiri ke program tersebut. Walaubagaimanapun,program ini dapat juga disempurnakan dan telah mencatat kenangan manis yang pertama pada tahun 2009 dikalangan pengawas-pengawas perdana Maktab Sabah.

Program Suai Kenal ini telah bermula pada jam 7pagi dan berakhir pada jam 2ptg.Program ini turut dihadiri oleh PKHEM : Puan Rosiah Liman dan guru-guru pengawas iaitu Cg. Rainul Abdul Rauf Dan Cg Woo Su Kim. Sebagai salah seorang pengawas, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Puan Rosiah,Cg.Rainul dan Cg. Woo Su Kim. kehadiran cikgu2 telah memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perkhidmatan dan membantu para guru untuk mengawal dan menjaga disiplin para pelajar yang lain.

Selain daripada itu, program suai kenal ini juga telah dapat mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang dikalangan para pengawas perdana. Ini dapat dibuktikan daripada semangat berpasukan para pengawas menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang telah dikendalikan oleh AJK Aktiviti & Permainan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti Ice Breaking,follow & guess the action,pass the rubber band dan tarik tali.

Aktiviti yang pertama dijalankan ialah “Ice Breaking”. Dalam erti yang lain, sesi suai kenal diantara pengawas sesama pengawas.Aktiviti telah memberi peluang kepada pengawas untuk mengenali ahli pengawas yang lain. Hal ini kerana, terdapat segelintir pengawas yang tidak mengenali rupa dan nama pengawas yang lain. Maka, aktiviti ini telah banyak membantu para pengawas mengenali serta menjalinkan hubungan persahabatan agar dapat saling bantu-membantu pada masa akan datang.

Aktiviti yang telah membuktikan kerjasama dan semangat berpasukan pengawas ialah aktiviti tarik tali. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh para pengawas perdana. Semasa aktiviti ini dijalankan, kerjasama antara pengawas-pengawas amat jelas. Sebagai contoh, sewaktu pasukan hitam bertanding dengan pasukan biru. Kedua-dua pasukan ini telah giat berusaha untuk dinobatkan sebagai johan. Dan akhirnya pasukan hitam telah memenangi aktiviti tersebut. Tahniah diucapkan! Semoga semangat ini akan berterusan.

Secara keseluruhannya, program ini telah banyak memberi banyak pengalaman serta kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semoga para pengawas perdana giat berusaha dan memperbaiki segala kelemahan bagi membentuk insan yang cemerlang.