Senarai Pengawas 2010

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Senarai pengawas perdana bagi tahun 2010 telah cikgu buat dalam fail excel. Walau bagaimanapun, ketika cuba memuat turun fail tersebut ke dalam blog ini, didapati format excel tersebut tidak disokong.

Oleh yang demikian, senarai tersebut cikgu pamerkan di dalam blog cikgu pada page yang khusus – 2010 Prefects. Page ini akan dipadamkan selewat-lewatnya pada hujung bulan Disember 2009 nanti.

Sebarang kemusykilan berhubung senarai nama tersebut boleh dikemukakan melalui ruang respon yang disediakan di sana.

Nampaknya seseorang perlu mengajar cikgu bagaimana menggunakan blog blogspot ini dengan lebih cekap. Maaf di atas sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Rainul Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas 2009.

Leave a comment