Majlis Pengiktirafan dan Jamuan Tahunan Pengawas Perdana 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepertimana yang telah dimaklumkan pada mesyuarat pengawas yang lalu, antara aktiviti besar kita yang terdekat ialah majlis pengiktirafan dan jamuan tahunan Pengawas Perdana 2009. Berikut merupakan butiran lanjut tentang majlis tersebut :
  • Tempat : Hyatt Regency Hotel
  • Tarikh : 15 Ogos 2009
  • Masa : 7.00 malam – 10.00 malam (Pengawas Perdana diminta untuk datang lebih awal)
  • Bayaran : RM46.00

Pengawas Perdana diminta untuk mula menyediakan duit bayaran dan bayaran boleh dibuat kepada Bendahari kita, Joanne Johnson (5M) atau Penolong Bendahari, Elvin Wong (5M). Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hujung Julai nanti.

AJK untuk majlis kita ini akan diumumkan tidak lama lagi.
Sekian, harap maklum.
Mohd Nazrin bin Serin
Timbalan Ketua Pelajar Lelaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: