Sekolah Dibuka – Sibuk Kembali

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Esok, 15 Jun 2009, sekolah akan dibuka semula. Para pengawas perdana akan sibuk kembali, baik sibuk dengan tanggungjawab sebagai pelajar mahupun sibuk dengan tugas sebagai seorang pengawas perdana.

Mohon diberi perhatian perkara-perkara berikut sebelum kembali ke sekolah :

  • Rambut pengawas perdana lelaki semua pendek dan kemas.
  • Kasut semua sudah dikilatkanšŸ˜€ .
  • Kuku semua sudah dipotong.
  • Kerja rumah sekolah semua sudah diselesaikan. Jangan nanti ada pengawas perdana yang kena denda berdiri di luar kelasšŸ˜¦ .

Apabila kembali ke sekolah nanti :

  • Jangan panik kerana bilik pengawas sudah tiadašŸ˜¦. Bilik baru masih belum siap.
  • Akan beroperasi sementara di Bilik PNB.
  • Lapor diri untuk Isnin ini di kelas 5M. KPP yang cadangkan begitušŸ˜€
  • Rujuk papan kenyataan pengawas.
  • Jadual menaikkan bendera dan kawalan pagar utama sudah ada di papan kenyataan pengawas.
  • Dan yang paling penting, mulakan hari anda dengan doa dan kalimah-kalimah suci agar ada keberkatan.

Selamat bertugas kembali, Pengawas Perdana!

Cikgu Rainul Hj. Abd. Rauf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: