Etika Pakaian Untuk Jamuan Tahun 2009

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam perhimpunan Isnin pengawas perdana yang lalu, untuk jamuan tahunan pada tahun ini, cikgu telah mengizinkan semua pengawas perdana untuk memakai pakaian selain blazer pengawas. Walau pun kebebasan berpakaian telah diberi, namun sebagai sebuah badan yang berimejkan disiplin yang tinggi, etika pakaian yang bebas ini tetap perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pengawas perdana.

Secara umumnya, pakaian yang diizinkan adalah pakaian yang sopan dan kemas. Sopan dan kemas tidak semestinya bermaksud pakaian formal atau berbaju kurung sahaja. Banyak fesyen pakaian lain yang boleh ditakrifkan sebagai sopan dan kemas.
Oleh yang demikian, mana-mana fesyen pakaian yang terkeluar daripada takrifan sopan dan kemas tidak dibenarkan sama sekali. Ini termasuklah di antaranya :
  • Evening gown yang ketat
  • Sleeveless blouse
  • Sleeveless t-shirt
  • Tight slack
  • Low cut (menampakkan dada secara luas)
  • Jeans
  • Skirt atas paras lutut

Cikgu juga amat berharap para pengawas perdana tidak membeli pakaian baru semata-mata untuk jamuan tahunan ini. Memadailah memakai pakaian terbaik yang sedia ada. Yang penting ialah kehadiran diri anda, bukannya pakaian baru yang anda pakai.

Untuk jamuan tahun ini, cikgu juga telah menetapkan masanya cuma tiga jam sahaja : 7.00 – 10.00 malam. Ini bertujuan untuk menghilangkan kerisauan ibu bapa. Maka semua acara perlu diselesaikan selewat-lewatnya jam 10.00 malam. Cikgu akan mengambil sikap tegas untuk ketetapan masa tiga jam ini. InsyaAllah, kita akan bermula tepat jam 7.00 malam – by hook or by crook.

Dan yang terakhir, kita akan berusaha memastikan bayaran untuk jamuan tahunan ini tidak akan melebihi RM50. Maka tolong sediakan wang anda selewat-lewatnya hujung Julai nanti.

Sekian, harap maklum.

Cikgu Rainul Hj. Abd. Rauf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: