Pengawas Perdana Berpindah Bilik

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, Isnin, 18 Mei 2009, jam 1.20 petang, cikgu dimaklumkan untuk kesekian kalinya bahawa Bilik Pengawas Perdana sekarang akan diubah suai untuk dijadikan kelas tingkatan 6 rendah atau tingkatan 1 Mutiara. Cikgu akur. Tidak membantah.

Pengawas Perdana akan diberikan satu bilik baru yang juga diubah suai, iaitu bekas bilik Buy Back Centre. Bilik ini terletak di tingkat 1 Blok IT, di atas Bilik Disiplin sekarang. Cikgu dimaklumkan bilik ini yang pertama akan diubah suai bagi membolehkan para pengawas perdana membuat operasi rutin. Ubah suai dijangka dilakukan pada waktu cuti sekolah nanti.
Sehubungan dengan itu, cikgu memohon bantuan untuk memindahkan semua barang-barang pengawas perdana ke bilik baru nanti.
Cikgu mengambil keputusan untuk tidak duduk di bilik yang baru nanti. Cikgu akan berpindah ke bilik guru lama kerana di sanalah cikgu sepatutnya duduk sebagai guru Matematik Tambahan dan Matematik T. Meja cikgu di situ sudah terlalu lama tidak diduduki.
Pengawas perdana bolehlah merancang untuk menghias dan menyusun bilik baru nanti. Segala keperluan dan perbelanjaan menghias dan menyusun harap dapat dimaklumkan pada cikgu. Cikgu akan sediakan mana yang termampu. Mohon dapat dipastikan juga meja KP dan TKP ada di bilik baru.
Semoga KP, TKP dan semua pengawas perdana dapat menggunakan bilik baru dengan lebih aktif lagi nanti. Biarlah jelas bilik ini benar-benar berfungsi sebagai bilik operasi pengawas perdana.
Semoga pengawas perdana terus cemerlang.
Rainul Hj. Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: