Risau Seketika … Tetapi Akhirnya …

Isnin, 11 Mei 2009.

Hari ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Dan lazimnya apabila peperiksaan bermula, perhimpunan Isnin tidak diadakan. Tetapi hari ini kejutan berlaku. Selang beberapa minit sahaja cikgu masuk ke Bilik Pengawas Perdana, Aiman, Ketua Pelajar Lelaki, memaklumkan pada cikgu yang puan pengetua mahupun perhimpunan diadakan untuk tingkatan yang belum mula lagi peperiksaan pertengahan tahun ini – tingkatan1, 2, 3 dan 6. Terkejut cikgu dengan keputusan puan pengetua ini.
Terus cikgu terfikir bahawa perhimpunan kali ini terpaksa dikendalikan oleh pengawas-pengawas junior – tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa bantuan pengawas-pengawas berpengalaman – pengawas tingkatan 4 dan 5. Pengawas tingkatan 6 cuma dua orang sahaja – Aiman dan Chung. Fikiran cikgu mula terfikir-fikir bolehkah pengawas tingkatan 1, 2 dan 3 ini mengendalikan perhimpunan? Dan siapa akan jadi pengacara majlis (emcee)?
Terpaksa mengambil keputusan pantas. Cikgu minta Aiman baca ikrar dan doa sekaligus (selama ini pembaca doa dari pengawas perdana tingkatan 4 dan 5). Aiman memang jadi pembaca doa semasa dia menjadi pengawas biasa dulu sebelum terpilih sebagai ketua pelajar. Cikgu tak risau tentang ini. Tapi tiba-tiba Aiman kata skrip doa tiada pada tempatnya. Alamak! Kali terakhir ia digunakan pada perhimpunan Khamis minggu lalu dan bukan pengawas perdana yang menggunakannya. Kemudian Aiman kata tak apa. Dia akan cuba cari dari orang yang berkenaan.
Cikgu mula berfikir pula tentang pengacara majlis. Satu-satunya pengacara majlis dari menengah rendah ialah pengawas perdana Intan Syafikah (3M). Itu pun baru sekali diturunkan. Fikir punya fikir, cikgu terpaksa mengambil risiko. Cikgu terpaksa meminta Intan menjadi pengacara majlis secara solo – yang pertama untuk tahun ini. Cikgu berharap pengalaman pertama dulu dapat membantu sedikit. Cikgu tak mahu ambil yang belum pernah kerana risikonya terlalu besar. Kemudian, perhimpunan pun bermula ….!!!
Cikgu lambat sedikit turun ke dewan kerana mengurus pengawas pelatih fasa dua. Setiba di dewan, perhimpunan telah bermula dan keadaan dewan adalah aman dan semua pengawas perdana begitu tersusun dan mengambil tempat yang sewajarnya dalam dewan. “YES! They can do it. The junior prefects can do it!”. Itulah yang terlintas di hati cikgu apabila melihat keadaan dewan dan susun atur pengawas. Cikgu mula tersenyum.
Aiman nampak sibuk sedikit daripada biasa. Kali ini mengurus perhimpunan tanpa KP Shanu, tanpa TKP Nazrin dan tanpa TKP Kimberley. Cikgu nampak semua beres, Aiman. Well done!. Dan begitu mengkagumkan, Intan juga survive sebagai pengacara solo majlis, malah membaiki semua kelemahan yang kami bincangkan ketika pertama kali menjadi pengacara dulu. Well done, Intan. Cukup berpotensi untuk pergi lebih jauh.
Juga kepada semua pengawas perdana tingkatan 1, 2 dan 3, dan juga kepada Chung, terima kasih kerana berjaya mengendalikan perhimpunan kali ini dengan lancar. Hari ini, cikgu dapat melihat dengan pasti bahawa Badan Pengawas mempunyai barisan pelapis yang mantap dan berwibawa. Terima kasih semua!
Rainul Hj. Abd. Rauf
Ketua Guru Pengawas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: