PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI PENGAWAS PERDANA; PERLANTIKAN DARIPADA PENGAWAS PELATIH KEPADA PENGAWAS PERDANA; TEMPAHAN T-SHIRT

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,
Dengan ini dimaklumkan bahawa semua aktiviti pengawas perdana yang ditakwimkan antara 1 Mei hingga 22 Mei 2009 ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan ini bertujuan memberi laluan kepada semua pengawas perdana menumpukan perhatian kepada peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula pada 11 Mei 2009.
Semua mantan pengawas pelatih diminta mengambil surat perlantikan rasmi sebagai pengawas perdana daripada ketua guru pengawas pada hari Selasa, 5 Mei 2009. Majlis perlantikan akan dibuat pada hujung bulan Ogos bersama-sama dengan pengawas pelatih tingkatan enam rendah yang bakal dipilih kelak. Tiga orang pengawas pelatih terbaik dan tiga orang mentor terbaik akan diumumkan Khamis ini, 7 Mei 2009.
Badan Pengawas akan menempah T-shirt berlogo Badan Pengawas. T-shirt ini akan digunakan dalam beberapa aktiviti pengawas perdana yang akan datang. Harga dianggarkan antara RM25 – RM30 sehelai, bergantung sama ada berlengan pendek atau berlengan panjang. Kepada semua pengawas perdana yang ingin membuat tempahan, sila berikan nama, kelas, saiz baju (serta lengan panjang/pendek) kepada Pengawas Perdana Joanne Johnson (5 Makmur).
Rainul Hj. Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: