HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, setelah hampir 3 bulan, proses penciptaan logo Badan Pengawas Maktab Sabah selesai jua. Hari ini, secara rasmi cikgu menerima logo Badan Pengawas yang telah dilukis menggunakan komputer. Maka , mulai daripada hari ini, Rabu, 22 April 2009, logo Badan Pengawas Maktab Sabah sudah boleh digunakan secara rasminya. InsyaAllah, pengawas perdana akan menggunakan logo ini pada letter head Badan Pengawas Maktab Sabah. Ianya juga akan terpapar pada bendera rasmi Badan Pengawas yang akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Logo Badan Pengawas Maktab Sabah

Sejarah Ringkas Logo Badan Pengawas
:
Pada bulan Februari 2009, telah diadakan pertandingan mencipta logo Badan Pengawas Maktab Sabah. Pertandingan ini diuruskan oleh Pengawas Perdana Nicole Kelsie Justin (5 Makmur). Pertandingan dibuka kepada semua pelajar Maktab Sabah walaupun ianya tidak diwar-warkan secara besar-besaran. Beberapa lukisan logo diterima dan semua lukisan tangan ini kemudiannya diserahkan kepada Cikgu Musta Nasip, seorang guru seni visual yang banyak membawa kejayaan pelajar seni visual Maktab Sabah hingga ke peringkat kebangsaan. Akhirnya, Cikgu Musta memberikan markah tertinggi untuk lukisan logo daripada Nurlyna Farihah binti Daya (4 Makmur). Ketika perhimpunan mingguan Badan Pengawas, Badan Pengawas memberikan Nurlyna sebuah hamper sebagai tanda penghargaan mencipta logo.
Setelah berbincang dengan Cikgu Musta, beliau menyarankan sedikit ubah suai kepada lukisan Nurlyna agar ia kelihatan lebih mantap dan lebih terserlah maksudnya. Nurlyna membuat perubahan seperti yang diminta. Dan setelah perubahan dibuat, lukisan mula dihantar ke kedai cetak untuk dilukis menggunakan komputer. Dan hari ini, Rabu, 22 April 2009, lukisan berkomputer logo Badan Pengawas Maktab Sabah secara rasminya diserahkan kepada Cikgu. Sesungguhnya, hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Badan Pengawas Maktab Sabah. Dan jangan kita lupa, hari ini juga merupakan Hari Bumi sedunia.

Maksud Ringkas Logo
:
Warna Kuning – Melambangkan kekuatan dan kebanggaan Maktab Sabah.
Warna Hijau Tua – Melambangkan kekayaan bakat dan potensi, sikap mesra dan optimis pengawas perdana.
Warna Hijau Muda – Melambangkan ketrampilan berwawasan pengawas perdana.
Warna Biru – Melambangkan sifat tanggungjawab pengawas perdana dalam melaksanakan tugas.
Gunung Kinabalu – Simbol lokaliti, bercita-cita tinggi, dan berpandangan jauh ke hadapan.
Obor – Mempunyai wawasan diri yang jelas dan disemarakkan dengan semangat yang membara.
Ombak – Menandakan aspirasi pengawas perdana untuk mencapai kecemerlangan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Buku – Melambangkan pengawas perdana yang berilmu pengetahuan.
Semoga dengan adanya logo ini akan menyemarakkan lagi semangat pengawas untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam segala bidang. Teruskan langkah gemilang, pengawas perdana!
Rainul Hj. Abd. Rauf
Ketua Guru Pengawas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: