PENGAWAS 2008 ANTARA YANG MENGGONDOL ANUGERAH

Assalamu’alaikum w.r.t dan selamat sejahtera.

Selesai Majlis Anugerah Cemerlang Maktab Sabah pada 15 April lalu, cikgu rasa begitu gembira dan bangga apabila dua daripada anugerah utama turut digondol oleh dua orang pengawas 2008. Setinggi-tinggi tahniah kepada Waafuani Mohd. Pardi, Ketua Pelajar Perempuan 2008, yang menerima anugerah utama, Anugerah Pendidik (Tokoh Pelajar) dan tahniah juga kepada Louisa Mae yang menerima Anugerah PIBG (Khidmat Cemerlang).

Waafuani Mohd. Pardi : Anugerah Pendidik (Tokoh Pelajar)
Louisa Mae Cyprinus : Anugerah PIBG (Khidmat Cemerlang)

Semoga kecemerlangan mereka akan menjadi pendorong kepada semua pengawas perdana untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Kedua-dua mereka telah membuktikan tugas sebagai seorang pengawas bukan penghalang untuk cemerlang dalam bidang yang diceburi, sama ada akademik mahupun ko-kurikulum.

Rainul Hj. Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: