Spotcheck Kedua..

Sekali lagi, buat kali keduanya, pengawas perdana Maktab Sabah telah berjaya membuat satu lagi spotcheck secara besar-besaran yang merangkumi semua kelas Tingkatan satu, dua, and enam atas dan diketuai oleh Ketua-ketua Pelajar dan Timbalan-timbalan Ketua Pelajar serta diiringi oleh Ketua Guru Pengawas, Cikgu Rainul Rauf dan guru disiplin, Cikgu Mat Julih. Spotcheck ini melibatkan semua orang pengawas perdana dan pengawas pelatih. Walaupun dengan jumlah pengawas yang sedikit, namun spotcheck ini telah berjalan dengan jayanya.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang spotcheck ini dijalankan seperti masalah diugut pelajar, ditegur oleh guru, ancaman dari pelajar dan macam-macam lagi. Namun dengan ketangkasan dan kebijaksaan pengawas perdana, masalah-masalah ini dapat ditangani dengan cepat.

Spotcheck ini telah memberi pengalaman yang baru kepada pengawas-pengawas pelatih kerana ini merupakan kali pertama mereka untuk melakukan aktiviti pengawas seperti ini. Ini dapat menaikkan lagi semangat mereka untuk menjadi pengawas perdana dan dapat melatih mereka untuk menjadi lebih berani serta dapat mencungkil sifat kepimpinan yang tertanam dalam diri mereka.

Saya berharap agar prestasi pengawas dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Jadikanlah kegagalan sebagai pengajaran. Itu yang sering kali dikatakan oleh cikgu Rainul.

Shanu G,
Ketua Pelajar Perempuan.

One response to this post.

  1. Tahniah kepada KP dan TKP yang telah mengurus pemeriksaan mengejut ini dengan begitu lancar, pantas dan cekap. Tahniah juga kepada semua pengawas perdana dan pengawas pelatih yang telah menjalankan pemeriksaan mengejut ini dengan baik sekali. Teruskan kecemerlangan ini, pengawas perdana!Rainul Hj.Abd.RaufKetua Guru Pengawas.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: