PERMULAAN YANG CEMERLANG, PENGAWAS PERDANA!

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pengawas perdana.

Alhamdulillah, setelah sekitar sebulan kewujudan blog ini, akhirnya cikgu berpeluang untuk membuat sedikit coretan. Sesungguhnya kewujudan blog pengawas perdana Maktab Sabah merupakan salah satu daripada seribu impian cikgu terhadap pengawas perdana. Kewujudan blog pengawas perdana menunjukkan kemampuan Badan Pengawas Maktab Sabah dalam memanfaatkan teknologi semasa demi kebaikan dan kemajuan Badan Pengawas. Tahniah kepada Biro IT dan Multimedia yang diketuai oleh Pengawas Perdana Nuramirah yang telah meluangkan masa dalam memastikan kewujudan blog ini. Moga-moga blog ini dapat menjadi sumber maklumat dan ruang diskusi bagi para pengawas perdana Maktab Sabah.
Bukan sahaja berjaya mewujudkan blog, malah sepanjang tiga bulan pertama tahun ini Badan Pengawas telah berjaya melaksanakan beberapa program yang besar lagi bermakna. Dimulai dengan program suai kenal, kemudian disusuli dengan program lawatan ke SMK Badin, dan kemudiannya Kursus Kepengawasan Siri 1. Pengambilan pengawas pelatih fasa 1 dan fasa 2 juga berjalan lancar dan telah tamat sejurus sebelum cuti pertengahan penggal pertama bermula. Logo Badan Pengawas juga telah dicipta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Sekarang logo ini berada pada peringkat lukisan menggunakan komputer. Well done, pengawas perdana!
Bagi meningkatkan prestasi dan imej Badan Pengawas, beberapa perubahan telah dilakukan. Istilah pengawas yang digunakan untuk merujuk kepada mana-mana individu pengawas, telah diganti dengan istilah pengawas perdana yang kedengaran lebih gah dan lebih bermakna lagi. Kerana itu, apabila kita memanggil seseorang pengawas, kita akan sebutkan pengawas perdana sebelum menyebut nama pengawas tersebut. Contohnya, Pengawas Perdana Elvin Wong, Pengawas Perdana Nuramirah dan begitulah seterusnya. Kita juga menggantikan istilah pengawas percubaan kepada pengawas pelatih. Disamping itu, anugerah Pengawas Mithali juga akan diberi, bermula dengan Pengawas Mithali Februari-Mac. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan prestasi pengawas perdana.
Kita juga mula memperkenalkan beberapa sistem baru tahun ini. Pengawas pelatih dibimbing secara individu oleh pengawas senior melalui sistem mentor-mentee. Di mana mentor bertugas, di situlah juga mentee bertugas. Mentor bukan setakat mengajar mentee cara bertugas, tetapi juga bertanggungjawab membimbing mentee dari segi penampilan dan sahsiah sebagai seorang pengawas perdana. Mentor perlu membuat laporan tentang menteenya dan mentee pula perlu menduduki dan lulus ujian bertulis sebelum dipilih dan disahkan sebagai pengawas perdana.
Disamping sistem mentor-mentee, sistem bertugas juga telah diubah. Jika dulu pengawas perdana bertugas selama sebulan pada sesuatu kawasan, bermula tahun ini pengawas perdana cuma bertugas dua minggu pada sesuatu tempat. Ini bertujuan mengurangkan tekanan kepada pengawas perdana ketika bertugas, terutamanya kepada pengawas perdana yang bertugas di tempat-tempat yang kritikal. Semua program Badan Pengawas pada tahun ini juga telah berjaya ditakwimkan dalam kalender sekolah. Dan pada setiap program, telah kita lantik dan maklumkan siapa pengarah programnya dan siapa guru pengawas yang memantau dalam memastikan program itu bakal terlaksana. Sistem ini begitu berhasil dengan berjayanya Badan Pengawas melaksanakan program yang dirancang sejak awal tahun ini. Adapun satu dua program yang gagal dilaksanakan bukanlah suatu kegagalan mutlak. Ia sekadar satu penangguhan kerana bertembung dengan program sekolah yang lain.
Pengawas perdana juga telah diberi kuasa memberi demerit kepada para pelajar yang melakukan kesalahan. Pemberian kuasa ini sebenarnya merupakan suatu pengiktirafan sekolah terhadap peranan para pengawas perdana. Turut membanggakan ialah apabila terdapat pelajar yang berkasar atau melawan pengawas, pelajar tersebut boleh mendapat demerit sehingga 50 mata yang boleh membawa kepada penggantungan sekolah. Betapa terbelanya nasib pengawas. Cikgu percaya ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kredibiliti pengawas perdana di kalangan pelajar Maktab Sabah. Namun perlu diingat, pembinaan imej dan kredibiliti tidak boleh berlaku dalam masa yang singkat. Cabaran pasti wujud pada peringkat awal. Yang penting, pengawas perdana tidak boleh mengaku kalah tanpa berjuang dan tidak boleh berputus asa.
Satu perkara yang cukup membanggakan pada tahun ini ialah ‘orang-orang muda’ memimpin Badan Pengawas. Lazimnya separuh atau satu pertiga daripada AJK Badan Pengawas terdiri daripada pengawas tingkatan enam yang dilihat lebih matang. Tetapi tahun ini, 6 daripada 8 AJK tertinggi adalah daripada tingkatan lima. Ketua-ketua biro walaupun majoritinya adalah tingkatan lima, tetapi ada juga beberapa biro yang ketuanya daripada tingkatan empat. Namun begitu, kumpulan ‘orang-orang muda’ ini setakat ini telah dapat memastikan kelancaran program Badan Pengawas dan memastikan juga pengawas perdana berfungsi seperti yang sepatutnya walaupun bilangan pengawas pada tahun ini cuma 56 orang sahaja. Ya, walaupun bilangannya sedikit, tetapi kualiti yang ada pada pengawas perdana dan semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan setakat ini, pengawas perdana telah mampu mengatakan : “Kami boleh dan kami mampu buat tugas kami.” Well done, pengawas perdana.
Namun demikian, di atas semua ini, pengawas perdana tidak boleh mendabik dada. Sifat rendah diri, tegas tetapi mesra, perlu ada dalam diri pengawas. Jawatan pengawas perdana tidak sepatutnya menghalang anda untuk membantu mengutip sampah yang ada di depan mata anda. Jawatan pengawas perdana tidak sepatutnya menghalang anda untuk memberi ucap selamat kepada guru-guru dan semua warga sekolah. Dan jawatan pengawas perdana tidak sepatutnya menghalang anda untuk berkata-kata dan bergaul dengan penuh mesra dengan rakan-rakan anda yang lain yang bukan berada dalam Badan Pengawas. Tidak ada tempat dalam Badan Pengawas bagi pengawas yang sombong lagi meninggi diri.
Pengawas Perdana! Pasang kasutmu, pakai blazermu. Bangun, dan teruskan perjuangan! Semoga diberi ganjaran yang setimpal olehNya. Terima kasih atas segalanya.
Rainul Hj. Abd. Rauf.
Ketua Guru Pengawas,
Maktab Sabah.

One response to this post.

  1. Nice post tcer! Congratulation to you for making all these happened. And congratulation for all the pengawas perdana for doing a great work and a great team!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: