Dialog Bersama Pengetua

Dimaklumkan bahawa sesi dialog pengawas perdana bersama puan pengetua akan diadakan pada ketetapan berikut :

     Tarikh : Isnin, 5 April 2010.

     Masa : 2.00 – 3.30 petang.

     Tempat : Bilik Gerakan.

Semua pengawas perdana dan pengawas pelatih dikehendaki hadir.  Terima kasih.

Tahniah! – Tokoh Maulidur Rasul 2010

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Steve Tay Kok Khiong yang telah mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori pelajar lelaki bukan Islam dan juga kepada Frances Anne Eton yang mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori pelajar perempuan bukan Islam peringkat sekolah bagi Tahun 2010 ini.

Semoga anugerah yang diterima oleh ketua pelajar lelaki dan timbalan ketua pelajar perempuan ini akan jadi pemangkin kepada kedua-duanya dan para pengawas perdana yang lain untuk terus mencemerlang diri 🙂

Drpd : Cikgu Rainul Abd. Rauf

Blog Baru

Blog pengawas Perdana Maktab Sabah telah menghirup udara yang baru dengan menggunakan enjin WordPress yang merupakan lebih canggih dan efisyen. Diharap semua tetamu dapat bersabar agar blog ini dapat dikemaskini dan menjadi lebih hebat daripada yang dahulu. =D

Jason Lo

Senarai Pengawas 2010

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Senarai pengawas perdana bagi tahun 2010 telah cikgu buat dalam fail excel. Walau bagaimanapun, ketika cuba memuat turun fail tersebut ke dalam blog ini, didapati format excel tersebut tidak disokong.

Oleh yang demikian, senarai tersebut cikgu pamerkan di dalam blog cikgu pada page yang khusus – 2010 Prefects. Page ini akan dipadamkan selewat-lewatnya pada hujung bulan Disember 2009 nanti.

Sebarang kemusykilan berhubung senarai nama tersebut boleh dikemukakan melalui ruang respon yang disediakan di sana.

Nampaknya seseorang perlu mengajar cikgu bagaimana menggunakan blog blogspot ini dengan lebih cekap. Maaf di atas sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Rainul Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas 2009.

Mesyuarat Akhir Tahun Badan Pengawas Tahun 2009


Event: Mesyuarat Akhir Tahun Badan Pengawas untuk tahun 2009

Tarikh: 3 Oktober 2009

Tempat: 5 Makmur

:: Tujuan Mesyuarat ::

+ Sebagai satu mesyuarat terakhir untuk tahun 2009
+ Merumuskan laporan-laporan/ aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008/2009.
+ Memberi peluang kepada pengawas perdana mengemukakan cadangan bagi tahun hadapan.

Semoga pada tahun hadapan, pengawas perdana dapat mempertingkatkan lagi prestasi pengawas dan dapat menjadi contoh kepada para pelajar di Maktab Sabah.

AJK Tertinggi 2009/2010

Mantan AJK Tertinggi 2008/2009

Cg.Rainul

MAKLUMAN AWAL : MESYUARAT AJK TERTINGGI

Kepada :
1. AJK Tertinggi Badan Pengawas 2009,
2. AJK Tertinggi Badan Pengawas 2010.
Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Tertinggi Badan Pengawas bagi sesi 2009 dan sesi 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : Khamis, 17 September 2009.
Masa : 2.00 – 3.00 petang.
Tempat : Bilik Pengawas.

Mesyuarat akan membincangkan :
1. Penyelarasan tugas.
2. Penyerahan fail tugas daripada AJK 2009 kepada AJK 2010.
(kecuali fail Bendahari)
3. Mesyuarat Agong Badan Pengawas 2009.
4. Perkara berbangkit.
Kedua-dua AJK diminta membuat persediaan yang sepatutnya.
Harap maklum.

Rainul Hj. Abd. Rauf,
Ketua Guru Pengawas 2009.

BARISAN YANG MEMBANGGAKAN

Jumaat, 21 Ogos 2009, mencatatkan satu lagi peristiwa penting dan bersejarah bagi Badan Pengawas Maktab Sabah. Pada tarikh tersebut berlangsungnya Majlis Perlantikan dan Watikah Penyerahan Tugas bagi sesi 2009/2010. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, malah lebih lancar berbanding tahun sebelumnya. Kesungguhan para pengawas perdana menjalani raptai, bantuan daripada badan khas yang lain disamping doa yang dipanjangkan membolehkan majlis ini berlangsung seperti yang cikgu harapkan.

Barisan Pengawas Perdana siap sedia untuk berarak masuk ke dalam dewan.

Antara barisan pengawas perdana sesi 2010.

Barisan pengawas perdana yang akan meninggalkan Maktab Sabah.

Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar 2009 selesai memberi ucapan penghargaan.

Frances Anne menandatangani ikrar sebagai Tim.Ketua Pelajar Perempuan 2010.

Upacara penyerahan tugas antara ketua pelajar.

Gambar bersama barisan pentadbir.

Ketua pelajar dan timbalan ketua pelajar 2009 yang membanggakan.

Kepada barisan pengawas perdana yang baru dilantik, tahniah diucapkan. Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Make everybody proud of you.

Kepada barisan pengawas perdana yang akan meninggalkan Maktab Sabah, terima kasih atas segalanya. I am really really really proud of you.

Cikgu Rainul Hj. Abd. Rauf.