Lawatan Ke SMK Badin Tuaran


Sejarah SMK BADIN:
Nama sekolah ini diambil sempena nama seorang tokoh yang bernama Orang Kaya Kaya Badin. Tokoh ini dikatakan telah banyak berjasa kepda penduduk sekitar Tuaran.

Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1967, dahulu hanya mempunyai pelajar 47 orang manakala tenaga pengajarnya seramai 9 orang. Kini, sekolah ini mempunyai 2050 pelajar dan 135 orang tenaga pelajar. Selain itu, sekolah ini merupakan sekolah yang pertama mengendalikan Kelas Rancangan Khas.

———————————-

Pada hari khamis yang lalu iaitu 19 February 2009, Lembaga Pengawas telah mengadakan satu lawatan ke Sekolah Menengah Badin,Tuaran. Lawatan ini telah disertai oleh pengawas-pengawas perdana dari tingkatan 3,4,5 dan 6 serta 3 guru pengiring iaitu Cikgu Rainul Abdul Rauf,Cikgu Natasha dan Ustaz Hamili.

Sebelum bertolak ke SMK Badin, sedikit taklimat telah diberikan.Kami tiba di SMK Badin pada 8.00 pagi. Kami dan guru-guru pengiring telah disambut mesra oleh Guru Pengawas SMK Badin, Cikgu Yahya serta pengawas-pengawas SMK Badin. Sebelum ke bilik untuk mendengar taklimat, sesi bergambar dilakukan. Tahniah diucapkan kesemua Pengawas Perdana kerana mampu menyusun diri untuk sesi pengambaran ini. Ini menunjukkan bahawa pengawas perdana Maktab Sabah mampu melakukan sesuatu perkara tanpa disuruh oleh tenaga pengajar.

Selesai sahaja sesi pengambaran ini, kami dibawa ke satu bilik khas untuk mendengar taklimat. Sebelum tiba ke bilik tersebut, saya yakin pengawas perdana tidak menafikan keunikan Sekolah Menengah Badin. Setiap sudut kawasan diindahkan dengan bunga-bunga. Tambahan lagi, kawasan sekolah itu juga amat teratur dan kelihatan bersih. Walaupun sekolah ini berada di kawasan luar bandar, sekolah amat setanding dengan sekolah-sekolah di bandar.


Tiba sahaja di bilik khas, kami diminta untuk duduk untuk menunggu kedatangan Pengetua SMK Badin iaitu Puan Tah Nia Hj. Jaman.Beberapa minit kemudian, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada salah seorang wakil pengawas SMK Badin dan kemudiaanya bacaan doa. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMK Badin. Walaupun difahamkan bahawa Pengetua SMK Badin agak sibuk, namun beliau tetap meluangkan masa untuk berjumpa dengan kami. Kami amat menghargai keikhklasan Pengetua SMK Badin untuk berjumpa dengan kami.


Selepas ucapan Pn Pengetua, Pn Pengetua mohon undur diri kerana mempunyai temu janji dengan pihak lain. Kemudian,ucapan terima kasih oleh Cikgu Rainul buat SMK Badin. Seterusnya, taklimat daripada Cikgu Yahya, guru pengawas SMK Badin untuk memberikan taklimat. Sebelum taklimat beliau, tayangan multimedia dipersembahkan. Dengan taklimat Cikgu Yahya, semoga pengawas perdana mendapat serba sedikit maklumat tentang bagaimana pengawas di SMK Badin menjalankan tugas mereka. Dengan itu, berharap juga, pengawas perdana dapat mempertingkatkan lagi prestasi bertugas.


Selepas taklimat daripada Cikgu Yahya, sesi soal jawab dibuat semasa menjamu hidangan enak yang telah disediakan oleh SMK Badin. Tahniah diucapkan dengan pengawas perdana yang telah mengemukakan soalan kepada pengawas di SMK Badin. Keberanian pengawas perdana mengemukakan soalan menunjukkan bahawa pengawas ingin berkongsi lebih banyak ilmu dengan rakan pengawas yang lain. Majlis kemudiaanya diakhiri dengan pertukaran cenderakenangan antara kedua-dua buah sekolah.


Seterusnya, kami dibawa melihat ke persekitaran sekolah. Antaranya bilik kaunseling,bilik resos,bilik Kelas Rancangan Khas. Rasa tidak puas kerana banyak lagi kawasan-kawasan yang menarik tidak dapat dilawat kerana kesuntukkan masa. Namun , Bilik Kelas Rancangan Khas amat menarik perhatian ahli-ahli pengawas. Ini disebabkan bilik ini terdapat beberapa pelajar-pelajar istimewa. Walaupun mereka tidak sempurna fizikalnya, tekunan,kegigihan mereka untuk menuju kejayaan amat memberangsangkan. Mereka mampu belajar seperti pelajar-pelajar yang lain dengan menggunakan alat-alat teknologi. Oleh itu, ahli pengawas seharusnya mengambil ini sebagai satu semangat untuk gigih berusaha seperti mereka.



Pengalaman ke SMK Badin amat susah untuk diceritakan. Ia amat menyeronokkan serta memperolehi banyak pengajaran. Tidak dapat dinafikan juga, ikatan persahabatan juga dapat dijalinkan. Oleh itu, ucapan ribuan terima kasih kepada Lembaga Pengawas kerana menganjurkan lawatan ini. Saya yakin bahawa semua pengawas amat gembira dan seronok dengan lawatan ini.

Diharapkan agar lawatan seperti ini akan dianjurkan lagi, bagi menambahkan keyakinan para pengawas serta menimba pengalaman yang baru.

Pengawas SMK BADIN & PENGAWAS MAKTAB SABAH
GURU2 PENGAWAS SMK BADIN,MAKTAB SABAH

About these ads

2 responses to this post.

  1. Posted by Assmieqhan b. Suhaimi on January 11, 2011 at 9:32 pm

    Pandai kamu ambil gambar Badin….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: